Subscribe

Tuesday, December 8, 2009

Minimum Muslim: Dari Sudut ILMU


Mind Map, kaedah yg baik utk ingat content bacaan...


Allah menciptakan bumi dan langit untuk dua perkara, iaitu ilmu dan ibadah. Kedua-dua permata ini layak bagi semua manusia. Semua manusia juga di pertanggung jawab ke atas kedua-dua perkara ini. Jadi, hendak dapat tidak, manusia dilahirkan untuk belajar ilmu agama. Tiada alasan untuk manusia tidak belajar ilmu agama. Ayat pertama al Quran pun tak lain merupakan arahan menuntut ilmu..."bacalah...bacalah dengan nama tuhanmu..."

PERSOALAN 1: APA ILMU AGAMA YG WAJIB KITA PELAJARI SUPAYA MENCAPAI TAHAP MINIMUM SEORANG MUSLIM?

Ilmu agama terbahagi kepada dua iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau ikut pendapat Ibnul Qojim ilmu fardhu ain, (hendak dapat tidak mesti dipelajari bagi setiap muslim) terbahagi kepada:

i) Ilmu Keimanan; perlu sesuai dgn hak dan tahap individu (meliputi semua rukun iman)
ii) Ilmu Wajib dalam perbuatan : perlu belajar perkara yang wajib keatasnya dilakukan (meliputi semua rukun Islam, dan ilmu akhlak)
iii) Ilmu Wajib menjauhi larangan : memadai mengetahui ttg apa yang tidak boleh dilakukan oleh muslim. (meliputi segala larangan Islam, dan larangan dalam akhlak yang buruk)
iv) Ilmu bermuamalat ; mengikut posisi individu tersebut

Sekiranya seorang muslim telah mempelajari ilmu FARDHU AIN ini, maka barulah ia digelar MUSLIM MINIMUM dari sudut ILMU.

PERSOALAN 2: YE LA, TAPI APA BENDA YANG NAK Di BELAJAR?

CADANGAN 1: Cadangan dari seorang ustaz dari Indonesia, (aku pun tak tahu namanya), memadai la bagi orang awam menghabiskan 2 kitab, berkenaan ilmu syariat dan ilmu akhlak.

Cadangan kitab/buku
1. Kitab Bidayatul Hidayah @ Fathul Qorib
2. Minhajul Abidin

Apabila mengaji dua-dua kitab ni, seorang muslim akan jelas la sikit tentang ibadah zahir dan batin yang wajib bagi semua muslim. Pengajian kedua-dua kitab ni pun selalu boleh kita jumpa kat surau2.

CADANGAN 2: Ada juga cara susunan yang tidak tertakluk kepada kitab, yang berupa item-item. Item-item yg disusun menjadi silibus tarbiah yang memudahkan generasi baru ni. Ianya boleh dijadikan course guideline bagi yang baru nak belajar ilmu agama. Dan dari item-item tu boleh cambahkan la lagi...

Isi Kandungan silibus tersebut:

A. معنى الشهادتين

B. معرفة الله

C. معرفةالرسول

D. معرفة الاسلام

E. معرفة الانسان

F. معرفة القرأن

G. الغزوى الفكر

H. حزب الشيطان

I. احوال المسلمين اليوم

J. الفرقان

K. تكوين الأمة

L. التربية

M. الدعوة

Download silibus penuh: http://www.scribd.com/doc/2154113/Silibus-penuh

CADANGAN 3: Ada lagi satu silibus yang aku rasa lebih tersusun yg digunakan oleh Gerakan Pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat. Aku rasa, ia lebih tersusun dan lengkap la... Dalam file tersebut pun ada diletakkan bersama buku rujukan dan kitab yang terlibat.

•BAHAGIAN 1: Aqidah Islamiyah dan Iman
Aqidah Islamiyah Iman, pengertian serta hakikatnya
Rukun Iman dan kajian lanjut bab Aqidah Islamiyah
•BAHAGIAN 2: Pengetahuan Am Islam
Islam dan pengertianya
Asas-asas kefahaman Islam
Sistem-sistem Islam
•BAHAGIAN 3: Sejarah Islam dan seerah nabawiyah
Seerah Nabawiyah
Sejarah Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah
Kajian sejarah umat Islam di Malaysia
•BAHAGIAN 4: Ilmu-ilmu utama dalam Islam
Ulumul Quran
Ulumul hadith
Usul Fiqh
Fiqh
•BAHAGIAN 5: Tazkiyah Nafs
Peringatan terhadap jiwa
Beberapa perkara penting dalam tazkiyah nafs
Kajian lanjut mengenai tazkiyat nafs
•BAHAGIAN 6: Fiqh Dakwah
Kewajipan berdakwah
Methodologi Da'wah
Dakwah dan permasalahan dakwah
•BAHAGIAN 7: Pergerakan Islam Konsep Amal Jamaie
Unsur-unsur tanzim/ organisasi
Perlaksanaan tarbiah Islamiyah
Kajian sejarah gerakan Islam
Kajian gerakan Islam di Malaysia
•BAHAGIAN 8: Sistem kekeluargaan Islam
Persediaan asas sebelum berkahwin
Fiqh perkahwinan
Pendidikan anak-anak dalam Islam
Asas-asas membentuk rumahtangga bahagia
•BAHAGIAN 9: Peningkatan Para duat
Komunication skills
Pengurusan masa
Pengurusan Organisasi

Download silibus MISG:
http://www.scribd.com/doc/15644029/20090519231346PdfPengenalan-Kpd-Buku-Panduan-Tarbiah-MISG

Ada banyak lagi cadangan manhaj untuk belajar Islam sebenarnya. Boleh cari sendiri la... Sekadar cadangan dari pihak aku sendiri la...


PERSOALAN 3: BAGAIMANA MENGURUSKAN ILMU AGAMA?

Ilmu agama itu perlu diuruskan bagi setiap individu itu, dengan pelbagai tujuan. Antaranya bagi mengelakkan pembaziran masa mempelajari suatu skop berulang-ulang kali. Dan juga untuk menyemak diri sendiri sama ada betul-betul menguasai sesebuah tajuk tersebut. Jadi, satu sistem pengurusan ilmu agama amat perlu lebih-lebih lagi bagi mereka yg tak pernah ikut pengajian formal ilmu agama dan blur-blur macam aku.

Kat sini aku ada links checklist ilmu agama yang di namakan "transkrip tarbiah"...edit la sendiri ikut keperluan...

Link :
Cara mengunakan transkrip tarbiah: http://www.almuntalaq.com/2009/01/28/4-tip-menggunakan-transkrip-tarbiah/
Download transkrip tarbiah:
http://almuntalaq.com/download/TranskripTarbiah.zip


PERSOALAN 4: KESIMPULAN?

Sebenarnya,
nak jadi muslim yang minimum pun perlukan usaha yang kuat. Ramai muslim yg tak capai kriteria minimum muslim, termasuklah aku. So, kena usaha lagi la supaya layak digelar muslim. Jadi menuntut ilmu agama itu wajib bagi semua org Islam...Ibadah tertolak tanpa ilmu, dan ilmu sia-sia tanpa ibadah. Jadi, garaplah ilmu mendahului ibadah... dan perlu selalu ingat, Allah jua pemilik ilmu di muka bumi...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar - Al Anfal:29
ps:

1.
Ditulis khas untuk Ex Rumate aku yang dah lama tak jumpa... bila la boleh mengaji sesama lagi ek.. tak de sape nak teman aku g mengaji lo ni... hu hu hu... rindu ar suasana 143... lagipun dah lama tak rasa nasik goreng ekau...ha ha ha... (aku rasa mcm boleh teka je sape yg reply sms ekau hari tu... heh...)

2. kalau tak percaya kesahihan link-link tu, selidik sendiri la... jgn la ikut 100% kalau tak setuju...just reference... aku pun copy paste je...

3. Aku tak tertakluk pada akta OSA mana-mana jemaah, semua dokumen tu bukan aku yg release... sebab dah ada dlm internet ... aku copy je link dia... dan aku rasa, silibus bkn lah satu rahsia sgt ... heh... (silibus BTN tak de ke kat internet ek?)

4. Hanya perkongsian... aku pun belum la khatam semua kitab dalam silibus tu... ha ha ha...

Friday, December 4, 2009

Snarfer


Pernah berasa penat melawat blog kegemaran anda?

Kecewa sebab blogger tidak meng'update' blognya?

Ok, sekarang tiba masanya untuk belajar tentang RSS reader. Sebenarnya, tak payah belajar pun, semua org dah tahu, cuma aku nak rekomen je la bagi yg tak tahu...

RSS reader/ Blogsreader

RSS reader yg aku maksudkan ialah software yg perlu di install pada komputer la. Fungsi RSS reader ni sama je ngan fungsi 'Blogroll' tepi blog anda tu. RSS reader yg aku maksudkan pun lebih kurang sama mcm yg dlm handphone tu. Fungsinya iaitu memaparkan updates terbaru blog-blog yang anda 'follow'. So, anda boleh tahu, blog mana yang dah update la... tak ke anda kecewa bila bukak blog orang, dah loading punya lama (sebab ada bermacam macam widget... ha ha ha...), tengok2 tak update lagi... jadi, aplikasi ni boleh mengelakkan kekecewaan tu la... heh heh heh...

Selain tu, ia juga mengdownload semua artikel dalam blog ke komputer anda... mungkin ada juga rss reader yg boleh download gambar dan video dari blog. so, bagi mereka yg jarang online, dapatlah membaca blog ketika offline.

Sebenarnya, aplikasi ni aku lihat bermanfaat bagi 'blogsurfer' bagi ratusan blog. Penat woo nak surf blog beratus-ratus... Ia juga kadang-kadang sesuai untuk laman web juga. So, setiap update bagi ratusan blog dan laman web, anda boleh tahu hanya dalam satu klik.Jadi, tak la anda penat cek blog yg tak update. Biar software tu yg surf untuk anda...

So, aku biasa gunakan applikasi Snarfer. Free je pun... boleh la download di sini...

download: http://download.cnet.com/Snarfer/3000-2164_4-10478092.html

Sunday, November 29, 2009

Sesat


Seorang pelatih tentera telah masuk kedalam hutan untuk mencari kayu api. Setelah cukup bekalan kayu apinya, dia pun ingin pulang ke markas latihan. Dalam perjalanan pulangnya itu, dia tidak dapat menemui jalan keluar dari hutan tersebut. Nak dijadikan cerita, kompas dan peta pelatih itu telah hilang. Lalu berlegar-legar la dia didalam hutan itu untuk mencari jalan keluar...
Dalam pencarian jalan keluar dari hutan itu, pelatih itu telah bertemu dengan seorang orang asli. Bertanyalah pelatih itu kepada orang asli,"kemana arah jalan keluar dari hutan ini? saya tak dapat keluar dari hutan ni, saya dah sesat". Maka menjawablah orang asli itu,
"Aku belum pernah pun keluar dari hutan ni, jadi aku dikira sesat ke? Mengapa kau nak keluar dari hutan ni? hina sangatkah tinggal di hutan ini?" jawab orang asli itu lagi lalu meninggalkan pelatih itu sendirian. Dia terkedu seketika...
Pelatih itu meneruskan perjalananya. Setelah berjam-jam mencari jalan keluar, dia terjumpa pula seorang tua yg berambut dan berjanggut panjang disebuah kawasan yang lapang. Disekitar orang tua itu terdapat binaan-binaan kayu yang seakan-akan rumahnya. Pelatih itu bertanya kepada orang tua," apa pakcik buat dihutan ini? pak cik bertapa ke disini?". Orang tua itu menjawab," pakcik sesat di hutan ni ketika mencari kayu api 30 tahun dulu, tapi pakcik masih tak jumpa jalan pulang ke rumah... jadi, pakcik putus asa untuk keluar dari hutan ni... lagipun, pak cik dah selesa duduk di hutan ini… jadi pakcik tak mahu keluar dari hutan ni… kalau kamu nak tahu, pak cik pun pelatih tentera macam kamu juga dulu". Pelatih it bertambah buntu.Lalu pelatih itu meninggalkan orang tua tersebut dan terus mencari jalan keluar hutan itu.

Setelah hari lewat petang, dia terjumpa dengan seorang pemuda sedang bercangkung. Lalu didekati pemuda itu untuk dilihat apa yang dilakukan oleh nya. Belum sempat ditegur pemuda itu, berkata dia "saudara sesat ke? mari saya bantu" Pemuda itu pun meludah keatas tapak tangannya lalu membacakan sesuatu. Lalu dia menepuk kedua tangannya dan terpercik lah air liur nya. "saudara ikut arah percikkan air liur saya itu, niscaya saudara akan temui jalan yang saudara cari". Pelatih itu bingung dan bertanya, "pernahkah berjaya teknik tuan ini?". 30 tahun dulu pernah la seorang pelatih tentera yang saya dah bantu. Dia dah pun temui jalan yang dia inginkan. Sekali lagi pelatih itu terkedu…”mujurlah aku bertemu orang tua itu dahulu sebelum jumpa dia ni, kalau tak, semakin sesatlah aku”.

Apabila pemuda itu meniggalkanya, pelatih itu pun berehatlah di bawah sebatang pokok. Beberapa minit dia berada dibawah pokok itu, muncul lah pula seorang komando yang lengkap dengan peralatan ketenteraan. Maka legalah pelatih tersebut melihatnya. Ditanya kepada komando itu, “tuan boleh tolong saya ke? Saya sedang sesat ni.” “saya pun sedang sesat”, jawab komando tersebut. Kehairanan dengan situasi itu, lalu pelatih tu menambah persoalan..”kompas dan peta tuan hilang jugak ke?”. “sebenarnya, kompas dan peta aku masih ada, dan peta kawasan ni pun aku dah hafal, Cuma, aku dah biasa guna GPS, dan sekarang GPS aku dah habis bateri.. sebab tu la aku sesat… sekarang aku mengikut arah matahari untuk cari jalan keluar dari hutan ni.. Kami sbg komando dah dilatih untuk hafal peta... dan ikhtiar tanpa guna kompas. Jadi aku bagi kau je la kompas dan peta ni...". "Terima kasih tuan". Berlalulah komando tersebut dalam kegelapan malam meninggalkan pelatih itu keseorangan bersama peta dan kompas tersebut.

Sejurus gelap sahaja, besertakan tayamum, pelatih tersebut menunaikan solat Maghrib dan ditambahi solat sunat 2 rakaat. Dia memohon kepada Allah agar diselamatkan dari segala malapetaka. Lalu, mwngunakan peta dan kompas tersebut, pelatih itu mengaplikasi segala ilmu dalam latihanya untuk mentafsir kompas dan peta itu bagi mendapatkan arah yang betul. Dengan takdir Allah, akhirnya pelatih tersebut dapat keluar dari hutan tersebut dengan selamat. Dia sangat bersyukur dan bersimpati akan nasib mereka yang masih sesat di hutan itu.
MOTS:
1. Biasa la manusia jadi sesat, dan sesat itu sifat manusia biasa. Kalau marah dikatakan sesat, primitif sungguh pemikiran manusia itu.
2. Secara spiritualnya, manusia akan sesat tanpa bimbingan AlQuran dan Sunnah. Tapi, kalau hafal dan baca, tapi tak tahu nak aplikasi pun tak guna juga. Aku bayangkan Al Quran dan Sunnah itu Kompas dan Peta.
3. Dalam citer ni, ada orang tak tahu dia sesat, ada orang selesa dalam kesesatan, dan ada orang yang masih sesat mencari jalan keluar namun tiada bimbingan yang betul dan yang paling teruk ialah orang yang sesat lagi menyesatkan.
4. Dan aku, masih berusaha mencari jalan dari kesesatan dunia keluar mencari keluasan akhirat, tapi masih membelek-belek kompas dan peta hidupku...

Saturday, November 21, 2009

Sang Murabbi

Trailer Sang Murabbi
Akhirnya ada jugak org yg upload citer pendek Sang Murobbi ni kat YouTube… Dari dulu aku asik tgk trailer je… Skrg, dah ade di YouTube. Alhamdulillah… tak payah aku beli cetak rompak nye CD. banyak manfaat dari movie pendek ni…

Movie ni kisah hidup Ustaz Rahmat Bin Abdullah, menceritakan bagaimana permulaan gerakan Islam di Indonesia yang membawa agenda perubahan terhadap pemikiran umat Islam sehingga kini yang telah berkembang lalu menghasilkan Partai Keadilan Sejahtera. Antara yang isu menarik yang aku rasa movie ni nak sampaikan ialah:

1) Teras dakwah adalah usaha atas ilmu ILMU, IMAN dan AMAL… berturutan…. KeISLAMan batal tanpa Iman… Iman rosak tanpa ilmu… amal sesat tanpa ilmu, ilmu sia-sia tanpa amal… Tuntutlah ILMU untuk semai benih IMAN bagi menghasilkan buah AMAL.

2) Mengekalkan AKHLAK Islamiyah dalam berhadapan dengan semua pihak… Hish… ni paling susah ni…

3) Krisis antara Kiyai dan Ustaz Rahmat dalam kaedah penyampaian ilmu. Kiyai mengunakan pendekatan menadah kitab, tapi Ustaz Rahmat mengunakan kaedah halaqah Ilmu dan silibus yang berbeza dr orang pada ketika itu lalu menimbulkan kontroversi.(Teringat ketika halaqah ngan Bro Halimi dan Bro Yunos… silibus dah la lebih kurang sama je ngan citer ni… taqaballahuminkum ya akhi Halimi dan akhi Yunos… )

4) Isu pakaian bukan isu pokok Islam dikala umat Islam masih lemah. Pakaian pen dakwah yg ‘rugged’, yang tidak kekok dengan jeans dan cap…disamping motor besor ustaz (dizamanya la) .… memudahkan dia diterima oleh masyarakat dan memudahkan gerak kerja.
Tapi keadaan pakaian ustaz bila ustaz menjadi pemimpin, pakaianya berubah lebih matang dan beradab….iaitu apabila beliau berada di arus perdanan….s elaku pimpinan dan contoh tauladan…

5) hikmah dan halus dalam mendidik…
boleh dilihat, ketika Ustaz Rahmat menyedarkan abangnya yg selalu berlaga ayam dan bergaduh tanpa menjatuhkan ego abangnya… juga ketika menasihati anak perempuannya dengan penuh sabar yg pulang lewat malam

6) Isu bagaimana menyeimbangkan antara tugas dakwah dan keluarga dengan mengambil peranan suami dengan mencontohi Rasulullah saw. Lapar dan kenyang dikongsi bersama. Begitu juga kekecewaan para muslimah yang kecewa dengan suami yang terpalit dengan kemewahan.

7) Isu pemilihan pendidikan kepada anak-anak. Betapa pentingnya pembinaan pusat tarbiah bagi generasi baru. Dan pentingnya tarbiah dari pimpinan keluarga itu sendiri.

8) Plot ketika beliau menjawab persoalan anak didiknya, masalah apabila gerakan berada dalam marhalah politik. Dimana keadaan kader-kader dakwah yang sudah melebihkan politik berbanding tarbiah ruhiah… dijawabnya ianya merupakan perkara biasa organisasi yg diangotai pelbagai tahap individu...

Mmg refreshing pada keadaan skrg bagi pendakwah di Malaysia… kena selalu ingat, politik bukan maksud hidup, cuma jalan nak capai maksud hidup.

Jom tontoni SANG MUROBBI: http://www.youtube.com/watch?v=sQ27nnBeISQ

Thursday, November 19, 2009

Steady Nerdy

Steady Nerdy: "Hey... I dont bite... Welcome to the club...!!"

Pada 2 November, aku dengan rasa ingin berkongsi maklumat, aku telah mengforward email tentang interview IMGLAD pada email-email yg ada dlm contacts aku la... dlm bnyk-bnyk email tu, ade la email hamba Allah ni, ber e-mail qalam_*****@yahoo.com. Aku pun tak ingat camne aku leh dpt email budak ni, since email aku ni pun bukan la tinggi tahap security nya.

Pastu, tak semena-mena, beberapa hari tu aku di reply dengan email pendek yg kata aku menyibuk hal dia. Ni la 'rakaman' perbualan email aku ngan dia. Yang aku hairan, budak ni dah add aku dlm YM, masa aku online, tak la pulak dia nak maki aku dlm YM. Ni la first time dalam 5 tahun aku kena maki dalam email. Aku pun tak paham ape hutang aku ngan budak ni sampai dia tak puas hati ngan aku camni.

Aku : [ Subject : IMGLAD Employability Programme: Walk-in Interviews ]

**** Humaira : sibuk la ko!!!

Aku : I dont remember how do i get ur email... but.. this is the last that
mail that ll disturb u from me... thanks for remind me to clean up my mail from unwanted email address...

**** Humaira : just a bunch of rubbish disturbing people!!!

Aku :ha ha ha...the rubbish just one of your kind...

**** Humaira : nerd of course u r

Aku :yaa… I talked to a nerd that 'expert' in grammar...

**** Humaira : wipe my spit on ur facebook ok? end of line... !!!

Aku :nerd also plays facebook... ? ha ha ha... gila meroyan agaknya budak
ni...

**** Humaira : wait bro, i search ur IP address then i locate where u r then
u will see what u wil get from me.

Aku : try me…

Terasakan ayat terakhir budak ni mcm 'threat' atau ugutan, jadi aku pun search pasal security melindungi email... Jom kita belajar ttg IP address yg dia cakap tu...

Setiap internet dan komputer yg kita gunakan akan di kenalpasti mengunakan IP address. So, sapa yg guna internet, akan ada satu IP address yg specifik utk komputer dan line tersebut. Jadi, IP address inilah yg perlu kita cari utk recon siapa yg spam/ ganggu/ gila meroyan. Aku bubuh skit kat sini camna nak cari IP address orang yang ganggu gunakan email. IP address jugak boleh di 'Hack' utk break maklumat dan privacy... hati hati ek...

Follow these steps to find the sender's IP address in Yahoo! Mail:

1. Log into your Yahoo! mail with your username and password.
2. Click on Inbox or whichever folder you have stored your mail in.
3. Open the mail.
4. If you can't see the headers above the mail message, your headers are not displayed.

To display the headers,
* Click on 'Options' in the top-right corner
* In the 'Mail Options' page, click on 'General Preferences'
* Scroll down to Messages where you have the Headers option
* Make sure that 'Show all headers on incoming messages' is selected
* Click on the Save button
* Go back to the mails and open that mail

5. You should now see the headers.
6. Look for Received: from followed by the IP address between square brackets [ ].
For example [202.65.138.109]

This is the IP address of the sender. If there are lots of Received: from with IP addresses, select the IP address in the last pattern. If there are no instances of Received: from with the IP address, select the first IP address in X-Originating-IP.

8. Trace the IP address of the sender using http://www.ripe.net/perl/whois

Ps:-

1. Sebenarnya, aku pun tak tahu ape pasal dia kata aku sibuk-sibuk hal dia pulak... dah tak nak baca email aku delete je la... tak pun mark as spam je... bkn ssh sgt pun... dia tulis macam aku hingin sangat nak kaco dia... ceh... banyak la kerja lain aku nak buat dari nak mengaco dia...

2. Yang aku kelakar bila dia kata ttg facebook... aku rasa dia check email aku kat facebook kot... Aku rasa sebab main facebook la kot dia kata aku Nerd... (amacam facebooker????? terjejas tak prestasi BarnYard ngan Cafe World mendengar kenyataan ni... heh heh heh... lawak btul). Bnyak pe guna facebook selain main game kan...

Dh tak da modal aku nak kutuk dia, aku kata la dia tak reti grammar... mcm la aku terer sgt grammar... ha ha ha... tp mmg grammar dia salah pun.. ha ha ha...

3. Yang pasti, aku berjaya tak maki dia balik...

Aku rasa, dia kata aku nerd sebab dia ingat aku tak reti perkataan maki dalam bahasa ingeris ex: F***/ SOB /Bloody **** dll... selaku orang yg nak kembali kepada fitrah agama Islam, marah macam mana pun, jgn la kuar perkataan yg sedemikian... kalau ikutkan hati, mcm-mcm perkataan boleh kuar... peti ais pun boleh keluar dari mulut...

Kalau ikut, Al Quran pun ada bnyk perkataan yg menunjukkan kemarahan. Allah marah, atau Allah menyuruh Nabi-nabinya menegur kaumnya dengan tegas... ex: Jahanam/Celaka/Golongan Bodoh/Golongan Anjing/Haiwan ternak dll... tapi, nak guna pun hanya utk kepentingan agama saja... supaya menegaskan sebuah kemungkaran sahaja... ulama-ulama yang tegas akan mengunakan perkataan tersebut dalam majlis ilmu atau urusan rasmi utk menegaskan kemunkaran... bukan utk kepentingan diri!!!!... ada jugak ulama jahat yang mengunakan utk kepentingan diri...

Tapi, dalam kes mcm ni, still tak boleh la maki ... so... sabar....(grrrr)
Innallahamaasobirin....

3. Dengan mengunakan IP address juga, kita boleh tahu lokasi emailer tu dengan mengunakan software-software lain... yg paling detail aku pernah jumpa, boleh trace bandar emailer mengunakan 'web IP tracer free'... So utk keselamatan, simpanlah IP adress para spammer dan org gila meroyan tersebut utk rekod. Kalau terdapat ancaman yg lebih berat, boleh la laporkan kepada telekom malaysia/ celcom/ maxis/polis. He he he....

4. Selain Email, IP add juga boleh kita dapat melalui YM, Facebook, Friendsters dll... even chat box tepi blog... tp kalau tak buat salah, tak payah la nak takut kan... tapi, IP ni tak la tepat sangat... sebab ianya ramdom je... tp boleh je guna, just in case...

http://ask-leo.com/does_email_coming_from_the_same_ip_address_imply_that_it_was_the_same_computer.html

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090221054615AAv973k

http://www.ipaddresslocation.org/email_lookup/check-email.php

http://askbobrankin.com/does_ip_address_reveal_my_physical_location.html