Subscribe

Tuesday, May 17, 2011

Haaiiiihhhh!!!!

Haaaaaiiiiiiih...!!!!!

Ya... Aku mengeluh... itu sahaja yang dapat aku lakukan di sini sayang...
Untuk meredakan kebimbanganku yang ber awan-awan... membawa ribut yang bakal kita lalui...
Ribut itu, aku yakin akan kita dapat lalui... namun, mungkin tidak bersama...

Haaaaaiiiiiiih...!!!!!

Ingin aku ceritakan sebuah kisah yang mungkin telah engkau tahu... kisah seorang ibu yang turut bimbang seperti aku sekarang... mungkin lebih mirip sepertimu... nanti... Dan aku bimbang engkau tidak setabahnya... aku bimbang engkau tidak mengeluh sepertinya... tapi bukanlah mengeluh itu yang aku pinta darimu... kerana mengeluh itu bukan tanda ketabahan... malah cenderung putus asa dan kecewa... bukan itu semua yang aku mahu darimu...

Pinjamkan aku perhatianmu, kepada bicara sang ibu ketika bertarung nyawa melahirkan seorang yang sangat istimewa... dirasakanya kesakitan yang tidak tertanggung... sunyi dan bersendirian... di bawah pohon di padang pasir... menahan sebak dan badai emosi yang tidak berkesudahan. Bermonolog menghitung takdir diatas dirinya.

"alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!" berkatalah sang ibu sedang Tuhan mendengarnya. Maryam 23


aduh...!!! Apakah aku akan dapat menahan diri, jika ini yang kau ucapkan ketika itu? mungkin hatiku akan hancur dan luluh ketika itu juga. Lafaz yang sebegini bakal menghiris setiap jiwa yang mendengar. Inilah kesakitan yang paling besar bagi seorang pencinta, iaitu melihat kesakitan cintanya. Tidak syak lagi kesakitan inilah tersurat sebagai satu proses jihad bagimu sebagai ibu.

Namun, bicara sang ibu itu bicara keramat. Bicara keramat bukanlah bicara biasa seperti kita. Penuh pengajaran dari sisi Tuhanya. Bimbangnya sang ibu akan tanggungjawab terhadap anak yang bakal dilahirkan, dirasakan lebih perit dari kesakitan itu. Merasakan kematian itu lebih mudah berbanding masa depan anak itu. Iaitu masa hadapan al Masih yang mulia.

Kemuliaan dan keikhlasan.

Itulah yang menjadi intipati keluhan sang ibu ketika. Supaya lebih tabah menghadapi setiap ujian. Mengeluhlah sayang dengan keluhan itu. Bimbang dan menangislah. Aku juga turut mengeluh bersamamu sayang. Aku berdoa, agar dipermudahkan urusan ini. Keluhan kebimbanganku tidaklah keramat. Namun, aku pasti keluhan aku untuk kamu dan anak itu. Sabarlah sayang dengan ujian ini, moga Allah menghitung setiap yang kita lalui ini.

padamu sayang,

isteriku...

2 comments:

littleMuslimah said...

Tahniah Qahhar n Sakinah!! Semoga cahaya mata yg bakal dilahirkan akan menjadi penyejuk mata kalian berdua! semoga dia akan membesar menjadi seorang daie yg bertaqwa.. ameen..

littleMuslimah said...

Tahniah Qahhar n Sakinah! Semoga kalian berdua akan menjadi ibubapa yg cemerlang! hehe.. Dan semoga cahaya mata sulung dilahirkan akan menjadi penyejuk mata kalian berdua! ameen..